Friday, February 4, 2011

.:5 DASAR BERKELUARGA:.

Bagaimana kita membina dan mewujudkan rumahtangga yang harmoni, penuh kasih saying, “mawaddah wa rahmah”, wujud persefahaman dan bahagia dunia akhirat? Beberapa kaedah mustahak perlu diketahui bersama, kaifiat dan nilai itu berasas pada sumber nilai yang benar, iaitu Al-Islam. Nilai dan ajaran ini perlu digalakkan, kerana ia memang merupakan panduan bagi sesiapa yang mahukan kebahagiaan. Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah:
Pertama :
Membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Jika beriman, maka wujudkanlah dalam keluarga solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Usahakanlah makan bersama.
Ucapkanlah salam dalam setiap keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa.
Ibubapa hendaklah menghindari perkataan yang kotor, umpamanya : anjing, babi, tidak tahu diri, tak tahu jasa orang tua, anak haram dan sebutan yang tidak elok didengar. Hilangkan sikap emosional, meradang dan bersabarlah dalam melihat dan menghadapi tingkah laku anak yang tidak baik, ia harus dihadapi dengan tunjuk ajar yang baik dan tegur penuh kasih saying, sehingga si anak tak berasa kena marah, bahkan merasa diperhatikan dan dijaga.



Kedua:
Jangan ibubapa biar kasih saying pada anak-anak sehingga mereka diasuh oleh orang lain, kerana dari segi kejiwaan ia sangat berbahaya. Akibatnya, terjadilah sikap fatalisme dan frustasi pada diri dan masa depan anak-anak.
Kalaupun ibubapa memeliki pembantu rumah, tapi janganlah pembantu itu ditugaskan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak kita. Pembantu rumah sememangnya hanya cuba mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak, sementara anak, dididik, diasuh, dijaga dan dibesarkan oleh ibu, kerana ibulah yang lebih bertanggungjawab.
Seorang ibu (isteri) tidak payah bekerja dan terlibat dengan berbagai urusan. Serahkan kepada bapa. Bapalah yang mencari nafkah untuk anak, isteri dan keluarga. Bukankah seorang bapa (lelaki) itu pemimpin keluarga? Hal ini tidaklah bermakna seorang wanita bergantung dan menyerahkan nasibnya pada lelaki sahaja. Bukankah dalam Islam masing-masing memiliki hak dan kewajipan? Untuk apa ibubapa payah-payah bekerja sedangkan anak kehilangan kasih sayang?

Ketiga:
Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu ‘akhlakul karimah” (akhlak mulia) baik dalam hubungan dengan Allah (al-Khaliq) atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf (akhlak), yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Jika kita dapat menghayati dan memahaminya, akan lahir dalam jiwa dan diri kita, perasaan halus, budi bahasa yang mulia, tingkah laku yang elok dan sikap simpati.
Pendek kata, tercermin peribadi yang mulia yang dikehendaki oleh Islam dan dicontohkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Sikap dan budi luhur umpamna itulah yang digalakkan pada peribadi anak-anak kita. Kaedah yang sederhana, berkesan dan menarik perhatiannya, patut diajar dan menyertakan contoh tingkah laku orang tua.
Perlu disedari, bahawa kita akan gagal dan tidak berkesan dalam mendidika anak, jika tingkah laku kita tidak sesuai dengan Islam dan kita tidak mengerti tentang Islam. Sememangnya pembinaan dan pendidikan anak itu mesti berkesan. Di sekolah, anak-anak mendapat ilmu pengetahuan dan kepujian dengan baik. Di rumah mereka mendapat perhatian dan pembinaan kasih sayang dari orang tua. Dengan begitu, InsyaAllah meraka akan menjadi anak yang salih, baik bagi diri dan keluarga atau masyarakat, agama, nusa dan bangsa.

Keempat :
Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin.

Kelima :
Hindari pertelingkahan yang tidak bermanfaat antara suami isteri. Tumbuhkanlah rasa memiliki dan dimiliki. Sang isteri harus faham kewajipan dan haknya; begitu juga bagi suami. Hal ini tentu tidak akan meninggalkan kesan buruk pada perkembangan psikologi anak-anak.


0 comments:

Post a Comment